Friday, April 13, 2018



Sebenarnya 5 Tanggungjawab Ibu Bapa Yang Hantar Anak Ke Taska.


Sebenarnya,
hantar anak ke taska bukan lesen untuk anda lepas tangan.
Mereka bukan sahaja di hantar dalam keadaan belum mandi, malah ada yang masih dengan lampin pakai buang yang penuh!
Malah, ada juga yang menghantar anak mereka dengan pakaian balik dari taska pada hari sebelumnya.
Namun bagaimana dengan tanggungjawab ibu bapa pula?
Sebenarnya, walaupun menghantar anak ke taska, anda masih perlu lakukan 5 perkara asas sebagai rutin, antaranya ialah:

1. Mandi
Mandi pagi sebenarnya sangat penting untuk mengajar anak-anak tentang asas kebersihan.
Mandi pagi juga mengajar mereka yang mereka perlu mandi dan menyiapkan diri terlebih dahulu sebelum keluar rumah. Jangan ajar mereka kebiasaan untuk keluar rumah tanpa mandi.
Sekiranya anda terpaksa menghantar anak anda terlalu awal, sekurang-kurangnya, salin lampin pakai buang mereka serta basuh mukanya terlebih dulu.

2. Bekalan keperluan asas
Contohnya sabun, susu anak, pakaian dan ubat-ubatan jika  perlu.

3. Cuti sakit
wajar mengambil cuti dan tidak menghantar anak ke taska.

4. Ambil tahu tentang perkembangan anak di taska
Luangkan sedikit masa, 10-15minit untuk bercakap dengan pengasuh di taska. Ambil tahu tentang perihal anak anda di taska.

5. Kenali ibu bapa anak asuhan yang lain
Mengapa ini penting? Sekurang-kurangnya anda kenal siapa ibu bapa yang anak mereka sama-sama diasuh dengan anak anda.
Mendidik anak anda adalah tanggungjawab bersama 💕


#teachereryjarina